Buat Town Hall pada hari bekerja dan bersekolah supaya tidak ramai yang hadir.

single-image

Sepatutnya hari ini hari yang ditunggu-tunggu oleh ramai penduduk di Pasir Gudang untuk berbincang lebih lanjut mengenai situasi yang berlaku di Pasir Gudang pada hari ini.

Pagi tadi berlangsungnya sesi Town Hall penduduk Bersama bersama pemimpin kerajaan negeri. Tetapi malangnya kehadiran mangsa dan penduduk Pasir Gudang tidak begitu ramai memandangkan tarikh yang dipilih kerajaan negeri agak tidak bersesuaian.

Apa yang difahamkan barisan kepimpinan negeri Johor sebenarnya sengaja menetapkan tarikh 4 Ogos sebagai tarikh untuk mengadakan sesi Town Hall. Rupanya ada sebab kenapa Town Hall ini diadakan pada 4 Ogos kerana tarikh ini bersamaan dengan hari Ahad.

Yakni hari Ahad adalah hari bekerja dan hari bersekolah. Jadi kerana itulah tidak ramai mangsa dan penduduk yang datang ke sesi Town Hall tersebut. Apa yang dikatakan ini bukan rekaan semata-mata tetapi perkara ini disuarakan sendiri oleh salah seorang mangsa yang nekad datang ke sesi Town Hall itu pagi tadi.

Banyak kerusi yang kosong

Saya sempat bertanya kepada mangsa tersebut mengapa tidak ramai yang turun dan hadir ke sesi Town Hall ini? Mangsa tersebut menjelaskan bahawa hari ini merupakan hari bekerja dek kerana itu ramai yang tidak dapat hadir. Lagipun, anak-anak juga ramai bersekolah pada hari ini.

Dalam pada itu menurut mangsa itu lagi, penduduk yang dibenarkan masuk untuk mendengar sesi Town Hall hanya penduduk yang ‘terpilih’ sahaja. Makna kata penduduk yang sudah dijemput sahaja boleh masuk ke dalam dewan manakala yang tidak dijemput terpaksa akur untuk berada diluar dewan.

Persoalannya kenapa pihak kerajaan membuat peraturan sebegitu rupa? Malah, adakah semua ini sudah dirancang dan diskripkan?

Kalau setakat gunakan sesi Town Hall sebagai platform untuk berbual sesama sendiri sahaja lebih baik tidak perlu diadakan Town Hall itu. Kerana pada akhirnya, perkara yang sepatutnya dibincangkan bersama mangsa dan penduduk tidak berlaku seperti yang dirancang.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri sudah merancang perkara ini untuk menyelamatkan diri mereka. Jadi bolehlah barisan kepimpinan negeri Johor menarik nafas lega dan tidur lena malam ini kerana tiada sebarang kecaman yang dilemparkan kepada mereka.

Apa-apa pun, saya ucapkan tahniah dan syabas buat kerajaan negeri kerana berjaya menyelamatkan ‘tekak’ mereka.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.