Bola sepak Johor melangkah ke era baru

single-image

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), simbol kebanggaan bola sepak Johor, akan menandakan satu era baru pada hari Rabu, 4 September 2019 selepas enam tahun penuh gemilang sejak penubuhan kelab ini pada tahun 2013.

Harimau Selatan akan berpindah ke pejabat bertingkat baharu – Ibu Pejabat JDT (JDT Headquarters) – sebagai pra-pembukaan Stadium Sultan Ibrahim yang canggih, yang akan siap hanya beberapa bulan sahaja lagi. Ibu Pejabat JDT ini terletak bersebelahan dengan stadium baharu di Iskandar Puteri.

Pembukaan Ibu Pejabat JDT dan kebanggaan Johor beberapa bulan lagi – Stadium Sultan Ibrahim – muncul selepas kebangkitan Harimau Selatan dalam saingan bola sepak Malaysia, memenangi enam kejuaraan Liga Super Malaysia berturut-turut, Piala AFC 2015, Piala FA 2016, Piala Malaysia 2017 dan empat Piala Sumbangsih.

JDT telah menetapkan penanda aras bola sepak Malaysia dalam pelbagai perkara mulai dari segi kemudahan fasiliti dan profesionalisme untuk kejayaan di dalam dan luar padang, dan pembukaan Ibu Pejabat JDT ini akan menandakan satu lagi langkah buat sebuah kelab yang bercita-cita tinggi Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber : http://johorsoutherntigers.com.my

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.