Blok Kesatuan Politik Melayu Islam: Ancaman atau Keperluan?

single-image

Kewujudan konsep perpaduan Ummah yang dizahirkan kepada Piagam Muafakat Nasional memberikan satu nafas baru dalam agenda memperkasakan politik melayu Islam seterusnya memperlihatkan sebagai satu usaha sulung yang digembelengkan oleh dua parti politik melayu Islam terbesar di negara kita. Perkara ini disambut baik oleh masyarakat muslim tetapi dilihat sebagai satu ancaman oleh sesetengah pihak yang memperlihatkan bahawa usaha ini sebagai satu sandiwara politik bagi mengetepikan konsep perpaduan dan kontrak sosial sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

Malahan, Kongress Maruah Melayu yang dianjurkan oleh pihak pro-kerajaan juga seakan-akan mengiyakan bahawa wujudnya ancaman nyata terhadap perkembangan politik melayu Islam. Seharusnya kita mengenal pasti punca permasalahan sekiranya kita ingin merancang solusi maka lanskap politik kini seharusnya dibahagikan kepada pra dan pasca PRU-14.

Jikalau kita melihat pasca PRU-14, parti DAP yang dianggotai oleh sebahagian besar kaum cina telah melaksanakan secara besar-besaran dasar pro-cina. Isu seperti UEC, peruntukan sekolah-sekolah vernakular Cina dan isu bantahan tulisan jawi telah memberikan impak dan imej seakan-akan kerajaan Pakatan Harapan diterajui oleh kaum cina. Jelas, ini bertentangan dengan kontrak sosial dan tindakan ini telah membangkitkan kemarahan majoriti masyarakat melayu islam.

Kemarahan ini dizahirkan dengan wujudnya Kempen “Buy Muslim First” yang disambut baik oleh majoriti masyarakat melayu Islam. Kita seharusnya faham bahawa gerakan ini tidak pernah wujud Pra-PRU 14 dan ini merupakan satu signal yang penting dan harus diterima sebagai refleksi bahawa dasar-dasar pro-cina oleh kerajaan Pakatan Harapan tidak diterima baik oleh masyarakat Malaysia. Ini seharusnua dilihat sebagai tindak balas dan perkara ini harusnya dibendung sebelum melarat.

Semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasiosal sebelum PRU-14, wujud secara jelas garis panduan perkongsian kuasa antara semua kaum di dalam Malaysia. Walaubagaimanapun, ketidaksenangan kaum bukan Melayu terhadap agenda pemerkasaan bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru telah mengakibatkan kaum bukan melayu memilih untuk tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional. Ini jelas apabila Barisan Nasional sering kali kalah di kawasan majoriti bukan melayu semasa dan sebelum PRU-14.

Kuasa politik melayu Islam yang dilihat semakin berkurangan telah mewujudkan satu semangat kesatuan dan konsep ini diterima baik oleh masyarakat melayu islam dari pelbagai lapisan. Persoalan yang perlu kita wujudkan disini, adakah kewujudan blok kesatuan politik melayu Islam ini bakal mengubah demografi politik negara kita? Dan apakah implikasi dan impak kepada konsep perpaduan kaum di Malaysia?

Jikalau konsep ummah yang menjunjung Islam sebagai tonggaknya, kaum bukan Islam tidak harus wujud perasaan gelisah dimana memperlihatkan seakan-akan negara ini akan berubah menjadi sebuah negara Taliban. Ini terbukti melalui sejarah bahawa kaum minoriti bernaung dibawah pemerintahan Islam tidak pernah disisihkan atau diancam sebagaimana sekiranya kaum Islam menjadi minoriti di negara-negara tertentu. Konsep pemerintahan Islam yang mengutamakan perpaduan akan memberikan nafas baru dalam pembangunan negara kita. Kestabilan ini bakal dizahirkan melalui pembangunan ekonomi disebabkan oleh kestabilan politik domestik.

Idea konsep perpaduan ummah diterjemahkan kepada konsep muafakat nasional ini turut menepis perspektif bahawa gagasan ini akan menguntungkan melayu islam sahaja. Ini membuktikan bahawa aspek bukan melayu Islam diambil kira dalam perancangan dan perlaksanaan Piagam Muafakat Nasional. Ini kerana kita tidak seharusnya mengetepikan sumbangan kaum bukan melayu dalam pembangunan Malaysia.

Kestabilan politik yang dikecapi melalui konsep perpaduan ummah ini akan memberikan impak positif kepada kesemua masyarakat Malaysia secara mutlak kerana wujudnya sebuah kerajaan yang mempunyai kekuatan sokongan majoriti dan agenda yang jelas dan secara kesimpulannya, blok politik melayu Islam yang kuat bukan sekadar memberikan impak kepada kaum majoriti tetapi kaum minoriti.

Darren Lai Chai En
Dewan Muda Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.