BERSATU tidak akan mudah untuk mempengaruhi ahli UMNO

single-image

KULAI : Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai telah diadakan pada hari ini dengan dirasmikan oleh YB Ir. Haji Hasni Mohammad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

“Jangan kita mudah untuk dipengaruhi oleh orang lain. Parti UMNO adalah parti yang besar. Bukan seperti BERSATU. Parti mereka kecik tetapi Menteri Besar dan Pengerusi BERSATU Johor bertelagah sesama sendiri” menurut YB Ir. Haji Hasni Mohammad ketika berucap di hadapan perwakilan UMNO Bahagian Kulai.

“Kerajaan pada hari ini tidak ada perjuangan. Tidak ada kesungguhan untuk meletakkan kepentingan orang melayu di hadapan dan tidak disokong oleh pelbagai kaum dalam Pakatan Harapan. Malah Kerajaan Negeri Johor langsung tidak ada perancangan. Tidak ada hala tuju.

“Kita cabar kerajaan sedia ada. Nyatakan pendirian Kerajaan Negeri tentang kenyataan Ahli Parlimen Labis yang mengguris hati dan perasaan rakyat Johor berkaitan soalannya yang tidak masuk akal. Mungkin terbawa-bawa kerana amarah akibat ditegur Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Johor”.

Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Benut itu turut menyentuh tentang perpaduan ummah di antara UMNO dengan PAS. “Penyatuan Ummah ini menyebabkan orang Islam dan melayu berasa yakin dan selesa untuk menghalang usaha mencemarkan kesucian Islam dan hak orang melayu”.

Turut berucap pada majlis itu adalah Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Zainal Abidin Jidin. “UMNO Bahagian Kulai akan pertahankan UMNO sehingga Pilihanraya Umum ke-15 akan datang tidak kira bila pun ia akan diadakan. Orang Melayu tidak akan berpecah kerana gabungan UMNO dan PAS akan diteruskan”. Ujar beliau yang turut menyentuh kerjasama antara UMNO dan PAS.

“Saya kagum dengan Tunku Mahkota Johor. Baginda jaga belia dan rakyat Johor cukup bagus”. Katanya yang turut mengingatkan agar perwakilan yang hadir untuk terus membela Institusi DiRaja Johor yang kini sedang hangat dirobek maruahnya oleh orang-orang yang tidak senang dengan raja-raja Melayu.

-JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.