Benarkah virus Influenza A di Johor masih terkawal?

single-image

Virus Influenza A kembali menyerang negara ini, di mana beberapa buah negeri telah menunjukkan peningkatan jangkitan sehingga ada yang membawa kepada kematian. Tentunya ia menjadi kerisauan kepada masyarakat lebih-lebih lagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. 

Tempoh hari laporan media menyatakan bahawa negeri Johor mencatatkan negeri tertinggi yang dijangkiti virus Influenza A. Walau bagaimanapun, semalam Exco Kesihatan yang baharu, Aminolhuda Hassan telah mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan virus Influenza ini masih dalam keadaan terkawal.

Namun, bila kita lihat di media sosial keadaan kelihatan seperti sebaliknya. Rata-rata masyarakat berada dalam keadaan resah dan gelisah dengan situasi yang berlaku kini. Hal ini kerana boleh dikatakan hampir ke semua klinik-klinik di Johor sudah kehabisan vaksin Influenza. Malah  dikatakan juga kemasukan bekalan baru vaksin tersebut masih tidak dapat diketahui sehingga bila.

Jadi adakah Exco Kesihatan Johor maklum tentang situasi yang berlaku ini? Harapnya Exco Kesihatan dapat membuat pantauan secara berkala untuk memastikan bekalan ubat-ubatan terutamanya vaksin Influenza ini mencukupi apabila diperlukan oleh rakyat.

Jangan sekadar keluar kenyataan bahawa keadaan masih terkawal tetapi tiada sebarang tindakan yang sewajarnya untuk membendung wabak ini dari terus menjadi serius. Perlu diingatkan bahawa virus ini sudah mengorbankan 1 nyawa di Johor. Jadi Exco Kesihatan dan kerajaan negeri perlu mengambil langkah drastik untuk mencegah wabak ini di Johor. Memandangkan statistik di Johor kini sudah 89 pelajar di sekolah yang dijangkiti wabak ini. 

Kita tidak mahu terjadi seperti kes pencemaran di Pasir Gudang pada tahun lalu, kononnya katanya selamat dan terkawal. Tetapi hakikatnya kita sendiri tahu bagaimana lambatnya kerajaan negeri bertindak semasa pencemaran ini berlaku pada tahu lalu. 

Diharapkan kerajaan negeri pada hari ini mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sebelum ini. Bertindak dengan segera sebelum ada nyawa lain yang akan terkorban lagi selepas ini.

Sekian,

Jom 'follow' dan 'like' kami:
1 Comment
  1. John 6 months ago
    Reply

    Kenapa kena sembunyikan ? Keeajaan takut ke ?

Leave a Comment

Your email address will not be published.