Benarkah Exco Pendidikan Johor menyamakan Isteri Menteri Besar Johor dengan Rosmah?

single-image

Benarkah Exco Pendidikan Johor menyamakan Isteri Menteri Besar Johor dengan Rosmah?

Terdahulu YB Aminolhuda mengeluarkan kenyataan berikut di facebooknya dengan menyatakan bahawa masih ada Isteri pemimpin ‘besar’ memaksa isteri pemimpin kecil mengikut kehendaknya. Posting tersebut telah dipadamkan daripada media sosial tersebut.

Apakah yang sebenarnya telah berlaku? Apa yng telah isteri besar ini buat? Adakah ini merupakan satu lagi rentetan ke arah perubahan Menteri Besar Johor kerana ketidakpuasan hati yang berlaku terhadap MB Dr Sahruddin Jamal? Meluahkan perasaan di dalam media sosial sebegini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Namun ia tetap membuktikan bahawa perasaan tidak puas hati antara parti dalam Kerajaan Pakatan Harapan di Johor masih wujud.

Aminolhuda harus menjelaskan dengan lebih terperinci apa yang dimaksudkan dengan posting tersebut. Sekiranya ia melibatkan wang kerajaan negeri dan pentadbiran kerajaan negeri, rakyat berhak tahu. Kerana belum sampai sepenggal, kerajaan Pakatan Harapan mula menunjukkan belangnya sama ada di peringkat persekutuan mahupun peringkat negeri.

Penjelasan harus diberikan kepada rakyat. Kita undi hanya kerana kita mahukan pemimpin yang bersih. Bukan rosak sebelum sempat sepenggal menjelma.

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.