Bekas ADUN DAP dipenjara 3 tahun, denda RM66,900

single-image

SHAH ALAM : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Datok dijatuhi penjara tiga tahun dan denda RM66,900 oleh Mahkamah Seysen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM13,380 bagi program kemasyarakatan, empat tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Loh Chee Heng, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dikenakan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan tersebut, Chee Heng yang ketika itu mewakili DAP didakwa menggunakan dokumen Kelulusan Pengeluaran Peruntukkan dan Kertas Kerja mengenai program Sambutan Hari Guru Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Datok yang mengandungi butiran palsu iaitu permohonan pengeluaran peruntukkan RM13,380 bagi program yang tidak dilaksanakan.

Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Daerah Kuala Langat, Kuala Langat pada 8 Jun dan 23 September 2015.

Justeru, beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sumber : Utusan Online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.