Baucar pelancongan diperluas bantu pemain industri

single-image

ISKANDAR PUTERI : Pemberian baucar pelancongan pada Mei ini akan menawarkan diskaun kepada pengunjung untuk melawat tempat tarikan pelancong termasuk taman tema di negeri Johor, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Datuk Onn Haz Ghazi.

Beliau berkata pemberian baucar berkenaan, yang juga satu daripada inisiatif kerajaan negeri dalam merancakkan kembali industri pelancongan di negeri ini, diharap dapat membantu melonjakkan kembali industri berkenaan yang terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19.


Menurut beliau, buat permulaan, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi baucar pelancongan berkenaan yang merangkumi hotel, taman tema, destinasi tarikan pelancong serta inap desa berdaftar seperti diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad sebelum ini.


“Kalau (baucar pelancongan) itu berjaya…bukan sahaja kita akan minta peruntukan lebih tetapi kita juga akan minta peruntukan untuk membantu (menawarkan) baucar (seumpama ini) untuk membantu usahawan-usahawan yang kreatif dalam mengeluarkan produk pelancongan,” katanya kepada Bernama ketika hadir pelancaran produk Kambing Travel, di sini baru-baru ini.

Onn Hafiz berkata baucar berkenaan boleh diguna pakai hingga akhir tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata tiga insentif melibatkan industri pelancongan dijangka selesai diberikan bulan ini berbentuk pemberian bantuan wang tunai secara sekali beri kepada pemandu pelancong, syarikat-syarikat pelancongan dan persatuan pelancongan di Johor.


“Kita jangkakan 600 kepada 1,000 pemandu pelancong akan menerima RM1,000. Bagi syarikat-syarikat pelancongan pula akan menerima RM2,000.

“Bagi bantuan kepada persatuan pelancongan yang berdaftar di bawah Tourism Johor pula sebanyak 16 persatuan akan menerima RM20 000 setiap satu.

Bagi bantuan kepada persatuan pelancongan yang berdaftar di bawah Tourism Johor pula, sebanyak 16 persatuan akan menerima RM20,000 setiap satu. Saya tahu (bantuan) ini masih tidak mencukupi (untuk bantu industri pelancongan), tetapi niat kita adalah untuk membantu yang kita mampu. Insya-Allah, kalau ada rezeki…kita akan tambah lagi,” katanya.

Setakat Disember tahun lepas, sebanyak 13 hotel di Johor dilaporkan ditutup dengan kadar purata penginapan turun mendadak kepada hanya 27.66 peratus pada Ogos lepas, berikutan penutupan sempadan Malaysia-Singapura, susulan pandemik COVID-19.


Semalam, Taman Tema Angry Birds iaitu yang pertama seupamanya di Asia Tenggara, bakal menamatkan operasinya pada 5 April ini selepas enam tahun dibuka.


Sumber : BERNAMA

Leave a Comment

Your email address will not be published.