Barisan Nasional Johor Bahru Prihatin

single-image

Johor Bahru : Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru Merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah hari ini sempat meluangkan masa untuk menyerahkan sendiri 1700 botol minyak masak dan buah limau secara drive-thru sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Mohd Hairi menyeru supaya masyarakat Cina terus menjaga diri semasa meraikan Tahun Baru Cina dalam keadaan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tiong Hua. Semoga perayaan pada tahun ini diraikan dengan sederhana dan begitu bermakna,

Penyerahan ini telah dilakukan di hadapan bangunan Tiong Hua Taman Sri Tebrau Johor Bahru. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penggerak DUN Stulang, merangkap Timbalan Ketua Bahagian MCA Johor Bahru, Ang Bong Heng.

-JohorPress

Leave a Comment

Your email address will not be published.