Bajet Johor : Rumah warga asing diturunkan harga, cukai rakyat dinaikkan?

single-image

Minggu lepas merupakan sesi pembentangan Bajet Johor 2020 yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Dato Sahruddin Jamal. Banyak perkara sebenarnya boleh dibincangkan mengenai bajet pada kali ini. Bajet Johor 2020 boleh disifatkan sebagai sebuah bajet yang tidak ada yang luar biasa dan tidak realistik.

Antara isu yang mendapat perhatian umum adalah pengumuman Menteri Besar berkenaan dengan penurunan harga minimum perolehan hartanah bagi warga asing. Dalam pengumuman tersebut, kerajaan negeri telah menetapkan harga asal daripada RM1 juta diturunkan kepada RM600,000.

Ini bermakna berlaku pengurangan sebanyak RM400,000 bagi hartanah warga asing. Penurunan hartanah ini tentunya mengejutkan ramai pihak, lebih-lebih lagi kepada rakyat Johor sendiri.

Hairannya, lambakan unit hartanah warga asing yang tidak terjual ini secara kasarnya bukanlah daripada kesilapan kerajaan negeri atau kerajaan pusat sekalipun. Kesilapan ini datang dari syarikat pemaju sendiri disebabkan kurangnya kajian dan terlalu memikirkan keuntungan semata-mata.

Jadi agak tidak realistik apabila kerajaan yang menurunkan kelayakkan untuk hartanah warga asing. Sepatutnya perkara ini dilakukan oleh syarikat pemaju sendiri kerana ini tanggungjawab mereka.

Berbalik kepada Bajet Johor 2020, sepatutnya Bajet Johor yang diumumkan minggu lepas memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat Johor, bukannya memberi manfaat kepada warga asing.

Dalam kerajaan negeri sibuk-sibuk menurunkan harga hartanah warga asing. Adakah kerajaan negeri turut menurunkan harga Rumah Mampu Biaya bagi rakyat Johor juga?

Kita juga tahu, pada tahun hadapan harga cukai tanah akan naik dan yang terkesan dengan perkara ini tentunya rakyat. Jadi daripada sibuk mahu tolong syarikat pemaju, ada baiknya jika kerajaan negeri membantu rakyat untuk berhadapan dengan harga cukai tanah yang makin meningkat.

Dalam pada masa yang sama, ada baiknya juga kerajaan mengemukakan langkah-langkah yang proaktif dalam membantu rakyat Johor untuk membeli dan memiliki rumah sendiri. Bukannya, bebankan lagi rakyat.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.