Apakah rasional tandatangani Statut Rom ?

single-image

APAKAH RASIONAL TANDATANGANI STATUT ROM ? 

1. Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) mempersoalkan kerasionalan Kerajaan Malaysia menandatangani surat cara untuk menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 4 Mac 2019.

2. Tindakan terburu-buru ini menimbulkan persoalan kerana ia membabitkan Ketua Negara Malaysia sekaligus menunjukkan sikap tidak terbuka dan demokratik kerajaan di dalam melaksanakan sebarang polisi baharu, apatahlagi melibatkan polisi diperingkat antarabangsa.

3. Menurut Artikel 27 dan 28, Statut Rom memperuntukkan bahawa kekebalan (immunity) atau peraturan-peraturan khas yang terpakai bagi seseorang Ketua Negara iaitu DYMM Yang Dipertuan Agong semasa menyandang jawatan rasminya di bawah undang-undang domestik atau antarabangsa tidak boleh menghalang Mahkamah Jenayah Antarabangsa daripada melaksanakan bidang kuasanya ke atas orang sedemikian. Oleh itu, Ketua Negara Malaysia akan terdedah untuk didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Ia amat bertentangan dengan Perkara 32(1), 181(2), 182 dan 183 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut sebarang pindaan yang melibatkan Hak Keistimewaan dan Kedaulatan Institusi Diraja memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu, selaras dengan Fasal (4) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.

4. Tujuan utama Statut Rom yang di terima pakai pada tahun 1998, dan dikuatkuasa pada tahun 2002 adalah untuk menubuhkan sebuah mahkamah jenayah antarabangsa (ICC) untuk membicarakan pemula “genocide” dan “war crimes” (jenayah perang). Dan sebagai negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia tidak mempunyai asas kukuh untuk menyertai Statut Rom, kerana ia sekaligus mengundang campur tangan luar terhadap Institut Diraja. Ia juga berlaku di dalam situasi di dalam negara ini, di mana Institusi Diraja di serang secara bertali arus oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

5. MBNJ bimbang tindakan ini akan membangkitkan perasaan marah dan ketidakpuashatian rakyat terutamanya orang Melayu yang bimbang Hak Istimewa dan Institusi Diraja berada dalam keadaan terdedah dengan sebarang ancaman dan terjejas kerana perkara ini boleh di prejudiskan di masa akan datang.

6. Oleh yang demikian, MBNJ mencadangkan agar Kerajaan membawa usul tergempar mengenai Statut Rom ke dalam Sidang Parlimen yang akan bermula 11hb Mac 2019 ini untuk dibahaskan dengan lebih terperinci oleh Ahli Parlimen, dan hasil perbahasan tersebut hendaklah dibentangkan kepada awam supaya satu pungutan suara dapat dijalankan. Majlis Raja-Raja juga perlu diberikan laporan penuh mengenai hasil kedapatan tersebut untuk diperhalusi dan dipersetujui sebelum ia dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

7. MBNJ juga berharap didalam masa yang sama, Kerajaan Negeri Johor dapat memberikan kenyataan dan pendirian tegas terhadap tindakan Kerajaan Malaysia menandatangani surat cara Statut Rom. Ia amat penting, agar bangsa Johor dapat mengambil maklum di atas apa jua keputusan Kerajaan Negeri Johor terhadap perkara ini.

8. MBNJ amat yakin dan percayan Kerajaan Pakatan Harapan akan dapat mengkaji dan menilai semula tindakn yang di lakukan selaras dengan janji pilihanraya yang lalu di mana setiap polisi yang dicadangkan lebih terbuka, telus dan mengangkat konsep demokrasi secara lebih menyeluruh.

 

MD SALEHEEN BIN MOHAMAD
Presiden Majlis Belia Negeri Johor

 

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.