Apa tindakan PPBM pula selepas ini?

single-image

Jika kita imbas sedikit, sebelum ini kecoh isu Osman Sapian dengan slumbernya pergi berkempen untuk memberi sokongan kepada calon Pejuang di PRK Slim yang lalu. Selepas kejadian ini pula berlakunya kontrovesi pemecatan Osman Sapian dari PPBM tetapi kira-kira 2 jam selepas itu keputusan ditarik balik oleh parti berkenaan.

Tentunya timbul banyak persoalan, apa sebab dan musababnya berlaku penarikan balik keputusan tersebut? Tetapi sekarang masih tiada satu jawapan yang ditemui.

Malah kita tahu juga sebelum ini, Osman Sapian telah mengadakan satu perjumpaan dengan pemimpin Amanah. Terbaru, dikhabarkan Osman Sapian telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Pejuang pula di Kempas. Untuk apa pula Osman Sapian berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Pejuang sedangkan isu sebelum ini masih panas diperkatakan semua pihak?

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DATUK HJ OSMAN SAPIANAlhamdulillah, bersama Pak Wahab dapat sama-sama menghadirkan diri…

Posted by Pagoh Viral II on Sunday, September 6, 2020

Adakah tindakan ini sengaja ingin mencabar parti PPBM atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sebagai Presiden parti berkenaan? Lebih penting lagi, apakah PPBM akan terus tutup mata dan pekakkan telinga sahaja dengan tindakan yang dilakukan Osman Sapian ini?

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.