Apa motif Rais Yatim Kaitkan Istana Johor dengan PRK Tanjung Piai?

single-image

  1. Merujuk kepada satu rencana Tan Sri Dr Rais Yatim di ruangan Rencana di Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk “Politik ‘poket, perut’ di Tanjung Piai”. Dr Rais Yatim kini merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan.
  2. Di dalam rencana tersebut, beliau secara dasar membincangkan mengenai isu-isu berkaitan Pilihanraya Kecil (PRK) di Tanjung Piai.
  3. Namun di dalam rencana tersebut, beliau secara jelas cuba untuk mengheret istana Johor dengan PRK Tanjung Piai. Antara dakwaan yang dilakukan oleh beliau adalah istana Johor akan menyebelahi parti UMNO dan PAS kerana istana Johor dikatakan rapat dengan parti tersebut.
  4. Dakwaan tersebut dilihat mempunyai niat ‘mala fide’ (berniat jahat) disamping dengan sengaja ingin mengheret istana Johor ke kancah politik.
  5. Sebagai Institusi Diraja yang berdaulat, istana Johor bersikap berkecuali dalam hal-hal politik. Buktinya jelas, walaupun hari ini negeri Johor di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), baginda Tuanku sentiasa bekerjasama erat dengan Kerajaan PH Johor dibawah kepimpinan YAB Datuk Sahruddin Jamal, Menteri Besar Johor dan barisan exconya sama sepertimana ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir sebelum ini.
  6. Istana Johor selamanya ini sentiasa mempunyai hubungan baik dan bersikap terbuka dengan semua pihak, sama ada parti-parti politik, NGO, dan pihak-pihak lain. Istana Johor juga tidak mengamalkan sikap memihak kepada mana-mana parti atau pihak-pihak tertentu.
  7. Dalam hal ini, Dr Rais Yatim sebagai orang luar daripada Johor seharusnya melakukan kajian dan penyelidikan akan perkara tersebut dan tidak bersifat semberono dan melulu dalam menaburkan fitnah jahat kepada istana Johor.
  8. Jangan disebabkan ingin menjadi popular dan relevan di musim PRK Tanjung Piai, Dr Rais Yatim mereka-reka cerita dengan mengheret istana Johor dalam kancah politik sempit beliau. Apa motif beliau? Mungkin hanya beliau sahaja ada jawapannya.

Iskandar Zulkarnain merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.