Apa agenda DAP terajui institusi Islam?

single-image

Sebelum ini, kecoh apabila urusan Tabung Haji diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia. Perkara ini dilihat seumpama menghalalkan aspirasi pihak tertentu untuk memberi seratus peratus kepercayaan kepada Menteri bukan Islam, Lim Guan Eng untuk mengawal sepenuhnya urusan Tabung Haji. Dengan erti kata lain, secara halusnya ia membenarkan bangsa DAP menguasai institusi kewangan Islam.

Setelah itu, lembaga Tabung Haji juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah seliaan Menteri Kewangan untuk memindahkan aset Tabung Haji. Jadi tindakan ini sedikit sebanyak telah menimbulkan pelbagai spekulasi apabila Menteri bukan Islam dibenarkan mengawal Tabung Haji menerusi Bank Negara Malaysia.

Belumpun reda berkenaan isu ini, sekali lagi rakyat dikejutkan dengan perkhabaran yang kurang enak untuk didengar apabila seorang ADUN DAP Johor iaitu Sheikh Omar Ali dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Adakah selepas Tabung Haji, kini YADIM pula menjadi sasaran oleh bangsa DAP?

Apa yang saya dapat lihat permainan politik bangsa DAP sangat licik dan jelas sekali sekarang yang berkuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan adalah bangsa DAP. Mereka tidak memerlukan bangsa India atau bangsa Cina untuk menjatuhkan institusi Islam. Mereka hanya perlu mengumpan bangsa Melayu sendiri untuk menjadi boneka untuk merealisasikan agenda mereka.

Persoalannya, apakah sebenarnya agenda bangsa DAP untuk menguasai institusi Islam?

Yang hairannya, sekalipun hendak melantik kroni dalam organisasi YADIM bukankah lebih ramai lagi orang-orang Melayu yang layak dari parti PKR, AMANAH mahupun BERSATU? Tetapi kenapa mesti orang Melayu dari bangsa DAP juga dipilihnya?

Lebih menyedihkan lagi apabila Menteri Hal Ehwal Agama, Kekanda Mujahid sendiri mempertahankan pelantikan bangsa DAP, Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM. Malah kekanda Mujahid mempertahankannya atas alasan latar belakang akademik yang dimiliki oleh Sheikh Omar Ali.

Malangnya, rakyat mempertikaikan perlantikan Sheikh Omar Ali bukan kerana kelayakan akademiknya tetapi agenda yang bakal dibawanya ke YADIM kerana statusnya sebagai bangsa DAP. Kita tahu bahawa perjuangan bangsa DAP adalah untuk menuntut hak kesamaratan agama. Manakala YADIM pula merupakan institusi yang berorientasikan dakwah.

Jadi apabila YADIM diterajui oleh bangsa DAP, berkemungkinan dakwah-dakwah yang bakal disampaikan akan terbatas memandangkan matlamat bangsa DAP tidak selari dengan matlamat yang dibawa oleh YADIM.

Malah apabila institusi Islam sudah mula dipelopori oleh bangsa DAP anda fikir apa yang bakal jadi dengan institusi dakwah di negara ini? Fikir-fikiranlah.

Saya juga masih tertanya-tanya, apakah relevannya bangsa DAP dilantik untuk mencampuri urusan institusi Islam di Malaysia? Sedangkan sudah jelas, matlamat bangsa DAP bertentangan dengan perlembagaan.

Tuntasnya, perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak demi kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Jadi tidak salah sekiranya Kekanda Mujahid menilai dan mempertimbangkan semula pelantikan bangsa DAP, Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.