Anwar Ibrahim dikhianati ‘kawan’ seperjuangan.

single-image

Mengikut ‘takwim’ yang diumumkan oleh Pakatan Harapan Plus sebelum ini, sepatutnya minggu lepas mereka telah mengumumkan calon Perdana Menteri bagi parti gabungan tersebut. Walau bagaimana pun, saat-saat akhir putaran plot berlaku apabila mereka dengan tiba-tiba menangguhkan pengumuman tersebut.

Bila pengumuman itu ditangguhkan ini bermulalah drama bersiri Pakatan Harapan Plus yang dimainkan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan Plus sendiri. Yang kanan mahukan Anwar Ibrahim menjadi calon Perdana Menteri dan kiri pula mahukan Tun Mahathir menjadi calon Perdana Menteri. Retorik yang masih sama dari dahulu hingga ke hari ini. 

https://www.malaysiakini.com/news/530953

https://www.malaysiakini.com/news/531059

Plot cerita semakin menarik, selepas pendedahan DAP dan AMANAH mengenai calon Perdana Menteri tempoh hari. Mereka memberi alasan enggan memilih Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri adalah kerana Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan. 

Dari sudut pandangan lain, kegagalan DAP dan AMANAH memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim telah membuktikan bahawa berlakunya pengkhianatan terhadap Anwar Ibrahim dalam Pakatan Harapan sendiri.

Jelas kini, sekali lagi usaha untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri gagal kerana berpunca daripada parti komponen Pakatan Harapan sendiri. Meskipun dari dahulu Anwar Ibrahimlah yang bersusah payah membina Pakatan Harapan yang pernah dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Tetapi sekarang apa jadi? Haknya pula diketepikan begitu sahaja.

Situasi yang berlaku ini menunjukkan bertapa tidak adanya kesefahaman dan kepercayaan antara parti komponen telah menyebabkan krisis ini berlaku. Tidak mustahil jika krisis ini berpanjangan nama Pakatan Harapan akan hilang lenyap dari arena politik di Malaysia.

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.