Anwar dan PKR tidak turun kempen SLIM?

single-image

Seperti kita tahu sekarang ini adalah musim kempen bagi Pilihanan Raya Kecil (PRK) DUN Slim. Pastinya PRK kali ini berbeza dengan PRK yang terdahulu. Dengan fenomena politik yang tidak menentu semakin menarik untuk kita saksikan apa yang akan berlaku di PRK Slim kali ini.

Bagi PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas. Umum mengetahui pada PRK kali ini, Tun Mahathir telah mempertaruhkan seorang calon dari partinya sendiri atas tiket bebas. Walau bagaimanapun, sejak awal lagi sudah banyak persoalan yang bermain di fikiran.

Pertama, kenapa Tun Mahathir tidak mengunakan sahaja tiket dan logo Pakatan Harapan? Bukankah Tun Mahathir masih lagi sekutu Pakatan Harapan sehingga hari ini? Kenapa pula ingin menggunakan tiket bebas?

Kedua, adakah Pakatan Harapan tidak membenarkan Tun Mahathir untuk menggunakan logo mereka di PRK Slim ini? Kerana takut kalah dan sekali gus menjatuhkan imej mereka?

Ketiga, sejak dari awal hingga ke hari ini tidak kelihatan langsung kelibat Anwar Ibrahim dan kuncu dalam siri kempen PRK Slim pada kali ini. Adakah Anwar Ibrahim boikot calon Tun Mahathir?

Kita ada baki beberapa hari lagi untuk berkempen di PRK Slim ini. Jadi kita sama-sama tunggu dan lihat sama ada Anwar Ibrahim akan turun atau tidak untuk membantu kempen calon Tun Mahathir sebelum hari mengundian dijalankan nanti.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.