Ancaman tsunami di Johor

single-image

Heboh dalam WhatsApp dalam bentuk rakaman suara (voice note) yang katanya keluar dalam berita TV1 mengenai ancaman tsunami di Johor. (Gambar 1)

Semakan di laman Malaysian Meteorological Department hanya terdapat kemaskini pada jam 2.50 petang mengenai Amaran Ribut Petir. Itu pun di kawasan utara, pantai barat dan pantai timur Semenanjung. Johor tu color putih. Tenang2 saja.

Jabatan Meteorlogi turut mengeluarkan Maklumat Gempa Bumi berskala sederhana yang berlaku di Indonesia dengan catatan tiada ancaman tsunami. Itu pun pada 11 November 2018.

Paling hampir adalah Latih Amal Tsunami pada pagi tadi. Itu pun di Tawau. Dan kenyataan itu dikeluarkan agar penduduk di Tawau tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

Macam biasa. Rakyat Malaysia suka tular kan sesuatu perkara yang tak pasti tanpa buat semakan terlebih dahulu. Nama saja maklumat di hujung jari. Tapi otak masih di lutut.

Sumber : Facebook Noorhidayat Salman

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.