Aminolhuda sudah betul-betul kemaruk mahu jadi kerajaan semula.

single-image

Jika minggu lepas kita dapat melihat bahawa Aminolhuda serta rakan seperjuangannya dalam Pakatan Harapan begitu yakin dapat kembali semula menjadi kerajaan. Manakala Aminolhuda seolah-seolah sudah berangan untuk menjadi Menteri Besar Johor jika berlaku bertukaran kerajaan di peringkat Pusat.

Tetapi mimpi di siang hari memang tidak akan bawa ke mana-mana. Tragedi 13 Oktober menyaksikan langkah Anwar Ibrahim jelas sekali sudah gagal dan hanyalah retorik semata-rata. Melihat kepada dongeng ini, Aminolhuda dilihat kini beralih arah dengan bertindak mengajak UMNO bersama-sama membentuk kerajaan di Johor. Sedangkan dirinya sudah maklum bahawa UMNO kini berada di blok kerajaan.

Melihat tindakan ini, apakah Aminolhuda benar-benar sudah kemaruk untuk berada di blok kerajaan semula?

Tertanya-tanya apakah sebenarnya matlamat Aminolhuda serta Pakatan Harapan untuk mengajak ADUN-ADUN UMNO bersama-sama mereka membentuk kerajaan? Apakah ini keputusan sebulat suara dari anggota Pakatan Harapan Johor atau hanya keputusan Aminolhuda sahaja?

Ini kerana mengikut kenyataan baharu yang dikeluarkan DAP Johor, mereka agak terkejut dengan tawaran Aminolhuda tersebut. Malah DAP Johor juga rasa terkilan dengan kenyataan tersebut kerana hal ini tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Harapan.

https://www.astroawani.com/berita-politik/dap-johor-terkejut-dakwaan-dipelawa-kerjasama-phumno-bentuk-kerajaan-negeri-263600

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Leave a Comment

Your email address will not be published.