Aminolhuda dedahkan kegagalan PH selama menjadi kerajaan Johor.

single-image

Tertarik dengan berita yang dikeluarkan oleh satu portal semalam. Di mana ADUN Parit Yaani, YB Aminolhuda Hassan telah meninjau kawasan di Batu Pahat yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini. Detik di hati untuk mengulas sedikit mengenai perkara yang dibangkitkan dalam berita berkenaan.

Menariknya, apabila berita tersebut dikeluarkan secara tidak langsung ADUN Parit Yaani telah memberi gambaran jelas bahawa negeri Johor yang diperintah bawah Pakatan Harapan Johor selama 22 bulan itu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Dalam berita tersebut, ADUN Parit Yaani ada menyatakan bahawa faktor beberapa kawasan di Batu Pahat mengalami banjir kilat adalah berpunca dari sistem perparitan yang tidak diselenggara dan longkang atau parit yang penuh dengan sampah. 

Secara logiknya, faktor-faktor yang dinyatakan ini sepatutnya sudah sedia maklum dan diambil perhatian semasa ADUN Parit Yaani menjadi Exco Kerajaan negeri lagi. Kenapa baru sekarang baru nak turun kawasan dan pantau keadaan di sana? Selama 22 bulan jadi kerajaan apa ADUN Parit Yaani dan Pakatan Harapan Johor buat?

Nampak sangat selama 22 bulan jadi kerajaan, ADUN Parit Yaani seperti tidak tahu sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik sehingga tersumbat dengan rumput dan sampah sarap. Lebih teruk lagi, terbukti selama 22 bulan itu, kerajaan Pakatan Harapan Johor tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat walaupun sekecil-kecil masalah.

Apa-apa pun, terima kasih kerana telah membuat aduan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor bagi pihak rakyat di kawasan berkenaan. Paling penting, tahniah kepada JPS dan kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional Johor kerana telah bertindak dengan pantas menyelesaikan masalah berkenaan. 

Apa yang pasti, segala-galanya sudah jelas sekarang yang mana Pakatan Harapan Johor bukanlah yang terbaik mahupun paling baik buat rakyat negeri Johor. Sekarang sudah terbukti bahawa mereka gagal selama ini sebagai kerajaan.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.