Amaran kepada semua pemimpin PKR dikeluarkan

single-image

KUALA LUMPUR : Semua pemimpin PKR diingatkan supaya hadir dalam segala acara yang dilangsungkan parti khususnya mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi membolehkan segala pelarasan dasar serta keputusan terbaik dapat dilakukan.

Itu ulasan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika ditanya pemberita mengenai kegagalan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadirkan diri dalam mesyuarat MPP yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Fahmi, kepemimpinan tertinggi boleh mengambil tindakan lanjut sekiranya masih ada pemimpin-pemimpin tertentu tidak hadir ke acara yang dilangsungkan parti.

“Semua pemimpin telah diingatkan untuk hadir dan memberi keutamaan kepada mesyuarat ini. Hal ini supaya kita boleh sebagai satu parti menyelaraskan segala dasar dan keputusan yang diambil dengan lebih baik,” katanya memetik portal Free Malaysia Today hari ini.

Selain mesyuarat MMP hari ini, Mohamed Azmin juga gagal menghadirkan diri pada sesi pemukiman parti itu minggu lalu.

Kegagalan Mohamed Azmin hadir dalam beberapa acara yang dilangsungkan partinya itu menimbulkan tanda tanya kepada ramai pihak mengenai hubungan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat semakin dingin. 

Sumber : Utusan Online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.