AMANAH Negeri Johor bergolak, ADUN Serom umum keluar parti?

single-image

Hari ini berlegar-legar di Facebook surat perletakan jawatan ADUN Serom, YB Ir Dr Faizul Amri. Tertanya-tanya apa yang sudah jadi dengan AMANAH Johor? Dalam diam rupanya mereka mempunyai konflik dalaman yang didedahkan sendiri oleh ahli parti berkenaan.

Dalam surat perletakan jawatan ADUN Serom tersebut, ada menyatakan pendiriannya untuk melepaskan semua jawatan yang dimilikinya dalam Parti Amanah Negara Johor. Jawatan yang dimaksudkan itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan AJK Parti Amanah Negara Negeri Johor yang berkuatkuasa pada tarikh 11 Julai 2020.

Tetapi apa yang lebih menariknya dalam surat berkenaan ADUN Serom ada mendedahkan bahawa keputusan yang diambil ini atas sebab hilangnya keyakinan terhadap kepimpinan AMANAH khususnya di peringkat negeri. Tambah lagi, konflik dalaman parti dipelbagai peringkat yang seolah-olah tiada kesudahannya. 

Malah ADUN Serom juga membuat kenyataan tergempar apabila dirinya tidak lagi berminat untuk menjadi calon bagi mewakili AMANAH Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.  Melihat kenyataan ini, adakah ADUN Serom akan mengeluarkan satu lagi surat perletakan jawatan? Mungkin perletakan jawatan sebagai Ahli AMANAH pula?

Dari hari ke hari sudah semakin jelas, parti yang diasaskan demi kepentingan peribadi tidak akan kekal lama. Bila dahan yang selalu berpaut sekelip mata patah, hujung-hujung semua terkulai layu. Ini bermakna Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan gagal menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya dalam menguruskan dan mentadbir parti itu di Johor. Dek kerana kegagalan inilah satu per satu ahli AMANAH akan meninggalkan parti itu kelak. 

Mampukah AMANAH bertahan lagi dalam tempoh terdekat ini? Mungkinkah AMANAH akan menjadi parti komponen pertama dalam Pakatan Harapan yang akan terkubur?

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.