Aktiviti yang boleh dibuat dalam tempoh 14 hari perintah kawalan pergerakan

single-image

Aktiviti yang boleh dibuat dalam tempoh 14 hari perintah kawalan pergerakan

Setakat 18 Mac 2020, kes COVID 19 di Malaysia sudah mencecah sebanyak 790 kes. Perkara ini sudah tentu membimbangkan masyarakat di negara ini. Namun dengan adanya perintah kawalan pergerakan ini kita harapkan jumlah kes akan menurun. 

Bagi memastikan jumlah ini menunjukkan trend penurunan kita sebagai masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab perlu mematuhi perintah kawalan pergerakan ini. Salah satunya adalah kekal berada di rumah sepanjang 14 hari jika tiada keperluan untuk keluar.

Jadi aktiviti apa yang boleh dilakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini?

1. Beribadah

Tempoh ini paling sesuai untuk melakukan aktiviti kerohanian bersama ahli keluarga. Sebagai contoh solat berjemaah, membaca Al-Quran dan banyakkan doa supaya COVID 19 ini dijauhi dari keluarga dan rakyat Malaysia.

2. Menonton TV

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, pihak Astro telah membuka akses percuma kepada semua saluran filem untuk para pelanggannya. Masa inilah, kita nak layan filem terbaik seperti Parasite, Avengers : End Game dan lain-lain.

Bagi mereka yang ada akaun Netflix juga bolehlah โ€˜marathonโ€™ Kdrama, movie, anime dan drama bersiri yang ada di Netflix. 

3. Bersenam

Jangan kata duduk rumah kita tidak boleh bersenam ya. Banyak sebenarnya aktiviti senaman ringan yang boleh kita buat di rumah. Sekarang ini semuanya di hujung jari, cari sahaja tutorial senaman ringkas atau Zumba di Youtube.

4. Aktiviti memasak

Waktu-waktu lapang ini eloklah mencuba pelbagai resepi baharu untuk ahli keluarga kita. Bagi mereka yang kurang pandai memasak, masa ini juga sesuai untuk belajar masak dengan mereka yang lebih mahir.

5. Kemas rumah

Aktiviti mengemas rumah ini sesuai bagi mereka yang malas mahu bersenam tetapi ingin melakukan aktiviti yang boleh keluar peluh. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti membersihkan kawasan rumah, bercucuk tanam, mengubah suai kedudukan perabot di rumah agar nampak lebih kemas dan cantik. 

6. Kerja dari rumah

Bagi mereka yang perlu bekerja dari rumah, masa inilah perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Kita tidak perlu kelam-kabut untuk ke pejabat malah waktu kerja lebih fleksibel dan santai-santai sahaja.

Bagi mereka yang menjalankan pekerjaan atas talian, masa ini sangat sesuai untuk mengiatkan lagi โ€˜marketingโ€™ barangan. Waktu lapang seperti ini, masyarakat lebih cenderung untuk berbelanja melalui atas talian, Tambah lagi, musim gaji pada minggu hadapan. 

7. Membaca / mengulang kaji pelajaran

Pada mereka yang suka membaca buku, isilah masa terluang ini dengan membaca buku tidak kisah sama ada fiksyen ataupun bukan fiksyen. Serba sedikit ia boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan ini.

Untuk pelajar sekolah dan Universiti ini adalah masa yang sesuai untuk mengulangi pelajaran. Jangan biarkan masa terbuang begitu sahaja tanpa kita isikan dengan perkara yang berfaedah.

8. Jaga kebersihan diri dan keluarga.

Akhir sekali sepanjang berada di rumah pastikan ahli keluarga kita sentiasa basuh tangan dengan kerap dan betul menggunakan sabun. Paling utama kebersihan diri perlu sentiasa dijaga.

-Sofia Ahmad Dani

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.