Akhirnya apa yang Mahathir takutkan telah berlaku di Tanjung Piai

single-image

Lawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir ke Tanjung Piai, Pontian yang asalnya dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober 2019 lalu telahpun ditundakan hingga ke hari semalam.

Biarpun begitu, ia tidak dapat mengubah apa-apa. Perkara yang ditakuti dan dibimbangkan benar-benar terjadi semasa beliau menghadiri program di Tanjung Piai.

Sebelum ini, beliau hanya mendengar dan melihat di media sosial sahaja bahawa program yang dihadiri Menteri-menterinya tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan. Tetapi sekarang beliau sendiri dapat melihat dengan jelas program yang menampilkan sebagai sosok utama juga tidak mendapat sambutan oleh rakyat.

Hairan, dulu apa sahaja program yang melibatkan Menteri dan Perdana Menteri khususnya mesti mendapat sambutan yang mengalakkan. Tetapi kini program-program mereka semakin suram dan dilihat gagal memberi rasa keterujaan kepada rakyat.

Keadaan ini membuktikan bahawa dari hari ke hari, rakyat mula tawar hati dengan pentadbiran Pakatan Harapan. Di tambah dengan kontroversi dalaman yang tidak sudah-sudah membuatkan rakyat semakin muak dengan drama yang sengaja mereka lakukan.

Malah, ini juga petunjuk bahawa Pakatan Harapan kian ditolak walaupun Menteri dan Perdana Menteri datang membawa berjuta-juta dedak kepada rakyat. Mereka tetap tidak hadir dan boikot program-program Pakatan Harapan.

Saya harap keadaan ini berterusan hingga ke hari mengundi pada 16 November 2019 nanti. Dimana rakyat dapat menterjemahkan rasa marah dan tidak puas hatinya mereka terhadap pentadbiran Pakatan Harapan dengan mengundi calon Barisan Nasional.

Sekian,

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.