Air sungai hitam, bau busuk

single-image

Kluang: Ribuan ikan di Sungai Kahang dan Sungai Sembrong Kiri mati dipercayai berpunca daripada pencemaran, semalam.

Pengadu, Ramli Jaafar,47, mendapati air hitam berbau busuk datang dari satu daripada rangkaian di Sungai Kahang sebelum memasuki Sungai Sembrong Kiri.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kedua-dua sungai ini tercemar teruk dan ikan mati dengan banyaknya.

“Kejadian berlaku kira-kira 4 petang ketika saya sedang memancing di Sungai Sembrong Kiri bermula dengan bau yang amat busuk sebelum air bertukar hitam.

IKAN mati dan hanyut di Sungai Kahang selepas berlaku pencemaran keatas sungai berkenaan. FOTO ADNAN IBRAHIM
IKAN mati dan hanyut di Sungai Kahang selepas berlaku pencemaran keatas sungai berkenaan. FOTO ADNAN IBRAHIM

“Selepas itu, ikan mula kelihatan tiimbul dan keadaan amat mengejutkan kerana kesan ke atas hidupan di dalam sungai ini sangat cepat berlaku. Kami menganggap ianya satu pencemaran yang agak serius berlaku,” katanya kepada media, hari ini.

Sementara itu, Badrulhisham Kamis, 50, berkata, kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku di sungai ini namun ianya berulang hampir setiap tahun.

“Untuk itu, kami menggesa agar pihak berkaitan melakukan satu tindakan berkesan untuk dalang yang menjadi punca pencemaran ini.

“Walau apa pun alasan mereka, seharusnya tidak dijadikan sebab untuk terlepas daripada sebarang tindakan kerana ianya pasti boleh berulang semula sekiranya kecuaian itu berlaku lagi,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.