Ahli Parlimen DAP Labis mempertikaikan nombor plat TMJ dan RZ

single-image


Masih ingatkah kita ketika umat islam sedang menyambut bulan ramadhan yang suci, rakyat Johor khususnya dikejutkan dengan cerita yang kurang enak didengari apabila terdapat seorang Ahli Parlimen  telah menggunakan masjid sebagai medium berpolitik. Ahli Parlimen tersebut ialah Ahli Parlimen DAP Labis, Pang Hok Liong.

Isu tersebut hangat diperdebatkan sehingga mendapat perhatian penuh dari DYMM Sultan Johor. Malah tindakan Ahli Parlimen Labis ini telah mendatangkan kemurkaan DYMM Sultan Johor kepadanya. Ini kerana Ahli Parlimen DAP dengan sengajanya telah melanggar perkeliling yang awal-awal lagi sudah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Dalam pada yang sama, Ahli Parlimen DAP itu telah membuat kesilapan yang besar apabila telah mencabul kesucian masjid dan melanggar sempadan DYMM Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini.

Belumpun sebulan DYMM Sultan Johor murka dengan tindakan Ahli Parlimen tersebut,  kini sekali lagi Ahli Parlimen Labis ini cuba mencabar kedudukan kerabat diraja Johor. 

Pada kali ini, Ahli Parlimen DAP telah bertindak mempertikaikan nombor plat TMJ dan RZ serta meminta supaya Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada nombor plat tersebut telah didaftarkan dengan Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan atau tidak. 

Seperti kita sedia maklum nombor plat TMJ telah digunakan oleh Tunku Mahkota Johor manakala nombor plat RZ pula digunakan oleh Raja Zarith. Sangat jelas pertanyaan yang dilontarkan bagi jawab lisan dalam Dewan Rakyat ini benar-benar mempunyai niat jahat untuk memalukan kerabat diraja Johor. Yang peliknya kenapa hanya nombor plat TMJ dan RZ yang dipertikaikan olehnya?

Apa yang menjadi persoalan terbesar saat ini, adakah tindakan Ahli Parlimen DAP mempertikaikan nombor plat kenderaan diraja Johor dapat menyelesaikan masalah rakyat? khususnya rakyat di Labis?

Sepatutnya Ahli Parlimen DAP mengambil peluang dan ruang yang ada dalam Dewan Rakyat tersebut untuk menyelesaikan permasalahan hidup rakyat atau memikirkan bagaimana untuk membangunkan negara ini. Bukannya mempersoalkan perkara-perkara yang picisan atau yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Apa yang pasti sikap Ahli Parlimen DAP ini benar-benar mengecewakan rakyat lebih-lebih lagi pengundi di kawasan Labis. Sebagai rakyat Johor sudah tentu kami tertanya-tanya apakah motif sebenar Ahli Parlimen DAP itu? Adakah ini serangan balas yang dilancarkan ke atas kerabat diraja Johor kerana ditegur berpolitik di masjid pada bulan lalu?

Jika Ahli Parlimen DAP ini memang sudah tidak suka akan kerabat diraja Johor, sila keluar dari Johor kerana rakyat Johor tidak memerlukan dan tidak terdesak langsung mahukan Ahli Parlimen seperti ini. Hanya tahu berpolitik sahaja tetapi masalah rakyat sentiasa dipandang sepi. 

Ayuhlah rakyat Johor bangkit mempertahankan institusi diraja Johor yang semakin hebat dihina oleh pemimpin-peminpin DAP. Kita perlu bertindak jika ada-ada tangan kotor yang cuba menyentuh perkara sensitif terutamanya hak keistimewaan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu. 

Kepada Ahli Parlimen DAP Labis, kami sebagai rakyat Johor meminta supaya YB menghadap kerabat diraja Johor dan membuat permohonan maaf dalam masa yang terdekat ini.

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.