Agenda Rakyat : JETCO, Gencatan Politik dan Pendaftaran Muafakat Nasional

single-image

Baru-baru ini Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan meluluskan penubuhan Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura sebagai usaha mendepani cabaran global pasca COVID-19.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong penubuhan JETCO, keutamaan utama pada ketika ini adalah AGENDA RAKYAT yang terkesan ekoran wabak COVID-19.

Cuma apa diharapkan individu yang benar-benar tepat, berkelayakkan dan berpengalaman luas perlu dipilih untuk menerajui JETCO. Kita mahu Johor dikenali sebagai destinasi pelaburan, perdagangan, pelancongan dan kebudayaan bertaraf global.

Pelbagai sektor harus dimulakan semula seperti pelaburan, pelancongan, perkerjaan dan diplomasi negeri Johor dan Singapura. Ini penting demi rakyat sekali gus memakmurkan negeri Johor.

GENCATAN POLITIK

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa UMNO melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor juga menyokong gencatan politik itu kerana apa yang penting ketika ini adalah kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat perlu diletakkan sebagai fokus utama, termasuk keselamatan negara serta hala tuju ekonomi negara.

Sekali lagi ia AGENDA RAKYAT yang mana rakyat inginkan pembelaaan dan kebajikan. Bukannya mereka hendak melihatkan ahli politik berbalah sesama sendiri dalam keadaan rakyat dan negara masih berperang dengan wabak COVID-19.

Apa yang Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor harapkan, gencatan politik itu disokong oleh semua parti politik khususnya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). Jangan pula ada ada pihak yang memainkan isu-isu berkepentingan demi mencari populariti parti mahupun peribadi.

Tidak perlulah kita mempolitikkan setiap isu yang timbul. Tidak perlu menuding jari, mencari salah siapa, tidak perlu lagi berebut kuasa, tumpu kepada agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

Suka saya meningatkan kepada semua presiden parti, jika ingin melakukan sesuatu keputusan yang besar duduk lah bersama untuk memutuskan keputusan itu secara konsensus.

Jika perlu membuat keputusan untuk melakukan darurat atau sebagainya, Perdana Menteri haruslah berbincang bersama semua parti politik tidak kira presiden parti kerajaan mahupun pembakang untuk menerangkan situasi kenapa perlu mengisytiharkan daurat atau prolog?

Tapi biarlah keputusan yang dibuat itu demi RAKYAT dan NEGARA, bukan atas agenda tertentu bagi mengekalkan kuasa yang mungkin telah hilang.

PENDAFTARAN MN

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor juga menyokong penuh keputusan UMNO dan PAS untuk mendaftar gabungan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi. Ini salah satu lagi usaha AGENDA RAKYAT dan ia perlu disegerakan.

Cuma apa diharapkan di antara UMNO dan PAS jangan ada percaturan politik kotor dan episod tikam menikam antara rakan seperjuangan.

Apa yang penting dalam keadaan kemelut politik ketika ini, pimpinan UMNO dan PAS perlu memastikan perjuangan MN bukan kerana individu tetapi demi bangsa, agama dan negara.

MN perlu terus diperkukuh dan terus bersatu dalam gabungan itu walau apapun kecenderungan peribadi atau apapun perbezaan pendapat.

Penyatuan MN demi agama, bangsa dan negara dan insya-Allah dengan izin Allah SWT, MN akan mentadbir negara pada PRU-15 nanti.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Comment

Your email address will not be published.