ADUN Pasir Raja lancarkan program Gerobok Rezeki

single-image


JOHOR : YB Puan Rashidah Binti Ismail hari ini telah melancarkan program Gerobok Rezeki dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kota Tinggi di 12 buah Masjid dan 2 buah pusat internet dalam Dun Pasir Raja.

Program Gerobok Rezeki ini diinspirasikan oleh YB Puan Rashidah sendiri dalam usaha menyemarakkan tanggungjawab bersedekah dan membantu golongan yang kurang berkemampuan.

YB Puan Rashidah berkata program ini sebagai platform memupuk amalan bersedekah dalam kalangan warga DUN Pasir Raja.

“Gerobok Rezeki merupakan sumbangan yang berbentuk keperluan asas makanan asas sahaja. 

“Cara agihan akan ditentukan oleh pengurusan masjid mengikut mekanisme yang bersesuaian,” kata YB Puan Rashidah.

Tambahnya lagi, sumbangan ini akan disalurkan setiap awal bulan oleh pejabat DUN Pasir Raja. Malah bagi sesiapa yang memerlukan bantuan ini boleh berhubung terus dengan pengurusan masjid di kawasan berkenaan.

Selain masjid, sumbangan ini turut diagihkan di pusat internet DUN Pasir Raja. Antara keperluan makanan asas yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, gula, sardin dan lain-lain.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.