ADUN Pakatan Harapan kebal dari tindakan undang-undang ke?

single-image

Pembukaan Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru sahaja dijalanka pada pagi tadi. Selepas persidangan itu, ADUN dari pihak kerajaan dan pembangkang mengadakan sidang media secara beransingan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ADUN barisan kerajaan negeri kerana bersidang dalam keadaan tenang dan mematuhi segala SOP seperti penjarakan sosial 1 meter yang  telah ditetapkan ekoran penularan wabak Covid-19. 

PC MB dan Exco

Namun, lain pula ceritanya di sidang media barisan pembangkang. Sidang Media yang dijalankan  Pakatan Harapan dilihat agak tidak terkawal kerana dengan jelas mereka berhimpit-himpit. Malah SOP penjarakan 1 meter langsung tidak kelihatan sama sekali.

PC Adun PH

Melihat kepada kedua-dua situasi ini, adakah ada berlaku double standard? Satu pihak perlu ikut SOP dan satu pihak lagi tidak perlu?

Pun begitu, Adakah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan begitu kebal dari undang-undang? Mari kita tunggu apa tindakan pihak berkuasa akan ambil kepada mereka. Kita kena ingat sebelum ini Timbalan Menteri Kesihatan pernah dikenakan tindakan atas kesalahan yang sama. Jadi adakah tindakan sama juga bakal dikenakan ke atas ADUN Pakatan Harapan Johor?

Johan Arif

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.