Abdullah Sani cabar Mohamed Azmin bersihkan nama guna undang-undang

single-image

KUALA LUMPUR : Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR digesa untuk menggunakan undang-undang bagi membersihkan namanya daripada terpalit dengan sebuah video seks luar tabie.

“Pada peringkat awal saya tidak tahu cerita sebenar tetapi sekarang budak itu (Haziq Abdullah Abdul Aziz) sudah mencabar dia di mahkamah jadi bagi saya ini sudah terlampau berat.

“Jadi saya minta dia menerima cabaran ini dengan memfail laporan polis dan kemudian masuk ke mahkamah. Kemudian biar rakyat lihat siapa yang benar dan menipu,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia dalam satu wawancara khas yang disiarkan hari ini, Abdullah Sani turut yakin isu peralihan jawatan tertinggi negara antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku apabila tiba masanya.

“Sebab isu ini ada orang kata saya anjing kurap dan lain-lain lagi, kalau saya anjing kurap orang itu apa? Saya ada pengalaman selama tiga penggal sebagai ahli parlimen jadi tidak perlu layan orang macam ini.

“Saya konsisten dalam konsensus komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya dan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Kita memang sudah bersetuju dan ada perjanjian, jadi orang yang tandatangan ini kena berpegang kepada janji,” tegasnya.

Wawancara penuh bersama Abdullah Sani boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Sumber : utusan online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.