5 cara tidur di pejabat dengan ‘selamat’

single-image

Manusia dan tidur memang tidak dapat dipisahkan. Robot sahaja yang tak payah tidur.
Untuk orang dewasa, tidur yang secukupnya memerlukan 7 hingga 8 jam sehari.

Tapi disebabkan dunia teknologi dan media sosial sekarang ini, tidur manusia semakin mudah diganggu.

Dah tutup lampu semua, tiba-tiba nak layan Netflix la, group Whatsapp berbunyi la, sampai 3, 4 pagi baru nak tidur!

So, bila masuk office, mesti ada yang mengantuk dan tak cukup tidur terhangguk-hangguk depan PC atau laptop.

Inilah masanya untuk gunakan beberapa cara tidur atau ‘power nap’ yang selamat tanpa sebarang gangguan masa di pejabat.

‘Power nap’ kat pejabat yang sesuai ialah sekitar 12.30 tengah hari hingga 2 petang.

Pandai-pandai la cari masa bila nak power nap, bila nak makan untuk lunch. Let’s go!

Dalam kereta

Kalau park kereta dekat dengan office, memang bonus. Tidur dalam kereta.

Kalau tidur dalam kereta guna aircond, pastikan buka sikit tingkap supaya ada pengudaraan baik yang keluar masuk untuk bernafas.

Dah banyak dah kes orang tidur dalam kereta lepas tu pergi buat selama-selamanya. Nak tidur pun kena hati-hati!

Tandas

Kalau pejabat ada tandas macam hotel apa salahnya kan?

Kalau sudah mengantuk sangat cuba cari posisi yang selesa untuk power nap dalam tandas.

Kalau ada bau pelik melintas depan hidung, buat tak tahu teruskan tidur.

Tapi macam biasa, tandas tempat yang bahaya kalau terjatuh.

Nak selesa, bawa bantal siap-siap. Belum cuba belum bau, eh, tahu.

Bawah meja

Tempat atau meja untuk bekerja di dalam pejabat main peranan penting.

Ini kerana kedudukan atau posisi meja membolehkan anda baring bawah meja dengan selesa.

Bantal dengan selimut boleh beli simpan siap-siap kat bawah meja.

Bila-bila masa sahaja anda boleh baring untuk power nap.

Tapi pastikan anda set jam supaya tidak terlajak tidur dek kerana terlalu selesa.

Meja pejabat pakai kaca mata hitam

Laptop atau PC pasang movie atau YouTube, ambik spek mata hitam letak kat mata, selesai masalah.

Kawan kat sebelah mesti ingat anda sakit mata, bos pula ingat tengah kusyuk buat kerja.

Nak bagi nampak meyakinkan lagi, laptop atau PC buka email atau powerpoint.

Tangan maintain pegang mouse PC.

Kalau tak larat sangat balik rumah

Kalau tak cukup power nap, memang jalan pun sampai boleh tertidur, korang balik je tidur kat rumah. Lagi selesa.

Cuba minta kebenaran dengan bos. Mintak EL. Kalau dapat balik awal tu tahniah, kalau tak dapat, teruskan kerja dengan tekun.

Bila dah selamat dapat power nap tentunya perut kita juga akan mula kelaparan.

Jadi jangan lupa untuk makan. Selamat mencuba!

Sumber : freemalaysiatoday.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.