3 kluster baru di Selangor, Johor dan Labuan

single-image

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3 kluster baru dikesan di Selangor, Johor dan Labuan.

Ia dikenali sebagai kluster Penjara Jalan Harapan di Selangor, kluster Kota Kecil di Johor dan kluster Sky Coklat di Labuan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster Penjara Jalan Harapan membabitkan Penjara Sungai Buloh di Selangor.

Katanya, kes positif kluster itu dikesan hasil saringan kemasukan tahanan ke penjara pada 17 Nov lalu, di mana 113 individu disaring setakat ini dan 17 tahanan didapati positif Covid-19.Powered by Streamlyn

Bagi kluster Kota Kecil pula, beliau berkata, ia membabitkan daerah Kota Tinggi di Johor.

“Kes indeks dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Nov.

“Sehingga hari ini, 467 individu disaring, di mana 9 kes dikesan positif Covid-19. Semua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.”

Katanya, kes indeks dalam kluster Sky Coklat di Labuan dikesan hasil saringan individu bergejala pada 19 Nov lalu.

Setakat ini, 51 individu disaring dengan 7 daripadanya didapati positif Covid-19 dan sedang dirawat di Hospital Labuan.

Hisham berkata, terdapat 168 kluster aktif di seluruh negara dengan 36 daripadanya melaporkan pertambahan kes hari ini.

Katanya, kluster yang melaporkan pertambahan kes baru tertinggi ialah kluster Teratai (299 kes), kluster Hentian (79 kes) dan kluster Tapak Bina Damanlela (43 kes).

“Ingin dimaklumkan 2 kluster telah tamat hari ini, iaitu kluster Bah Kayu dan kluster Lekir. Ini menjadikan jumlah kluster tamat sebanyak 159 kluster.”

Sumber : Freemalaysiatoday.com

Leave a Comment

Your email address will not be published.