2 Guru pengsan, 32 Murid sesak nafas, muntah dan loya

single-image

Tidak sampai beberapa jam sesi persekolah dibuka, 32 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kepok di sini kembali kecoh apabila mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Difahamkan murid-murid mula menunjukkan simptom tersebut kira-kira pukul 10 pagi tadi sebelum pihak sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak masing-masing untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan.

Pada masa yang sama, pelajar di beberapa sekolah yang terjejas sebelum ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Nusa Damai turut menerima nasib sama.


Sehingga kini, masih belum ada sebarang arahan sesi penangguhan sekolah daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.