155 mangsa dipindahkan, banjir di Johor Bahru, Pontian

single-image

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini merekodkan seramai 155 mangsa daripada 40 keluarga dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sehingga jam 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata sehingga kini, daerah terjejas ialah Johor Bahru dan Pontian dengan PPS masing-masing dibuka jam 7.30 malam serta 10 malam tadi.

Katanya, di Johor Bahru, seramai 144 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pasir.

“Kawasan terjejas di daerah ini membabitkan Kampung Pasir, Kampung Seri Serdang, Kampung Pengkalan Rinting dan Kampung Seri Jaya.

“Di Pontian, seramai 11 mangsa daripada empat keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber : Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published.