Pakatan Harapan Johor gila pangkat

single-image

Antara menteri-menteri besar yang ada di negara ini, rasa-rasanya Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang sering terpalit dengan kontroversi. Perkara ini dapat di lihat sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara ini pada tahun lalu lagi. Malah kontroversi yang sering membabitkan Osman Sapian bukan sahaja di peringkat negeri semata-mata tetapi di peringkat persekutuan juga.

Kali ini, Menteri Besar Johor, Osman Sapian sekali lagi membuat sesuatu perkara yang di luar jangkaan ramai pihak. Apa tidaknya, baru-baru ini kecoh apabila Osman Sapian telah bertindak sesuka hati melantik calon-calon yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu sebagai ‘YB’ (Yang Berhormat) di kawasan pembangkang. Antara di DUN Buloh Kasap, DUN Panti, DUN Benut dan banyak lagi.

Perkara ini boleh dikatakan ‘rare’ kerana menteri besar di negeri lain setakat ini tiada pula membangkitkan tentang perkara ini. Dengan ini sudah terang-terangan, Osman Sapian adalah satu-satunya Menteri Besar yang berani bertindak dengan idea yang gila seperti ini tanpa memikirkan risiko yang bakal jadi .

Namun bagi saya ia bukan sesuatu yang pelik apabila Osman Sapian bertindak semedikian kerana baginya mandat sebagai menteri besar adalah tiket untuknya melakukan dan menentukan apa sahaja tanpa mengira pendapat atau pandangan pihak lain. Jadi kerana ‘kuasa’ yang dimilikinya ini membolehkan Osman Sapian membuat apa sahaja asalkan matlamatnya tercapai.

Tidak pasti sama ada Osman Sapian tahu ataupun buat-buat tidak tahu bahawa seseorang hanya layak diiktiraf sebagai YB sebaik sahaja mendapat sokongan majoriti dalam PRU. Pendek kata, rakyat sendiri yang mengundi dan memilih mereka sehingga menang untuk dijadikan sebagai wakil rakyat di sesuatu kawasan yang terlibat.

Jadi gelaran ‘YB’ bukanlah boleh seberangan sahaja bagi kepada sesiapa sahaja. Ini sampaikan calon yang kalah juga dapat gelaran ‘YB’ baik tidak perlu adakan PRU. Ini kerana kalah atau menang tetap dapat pangkat ‘YB’.

Yang lawaknya tidak ada angin tidak ada ribut, tiba-tiba sahaja Osman Sapian melantik calon-calon yang kalah sebagai YB baru. Sedar atau tidak calon-calon yang kalah sudah terang-terangan tidak mendapat sokongan rakyat jadi kenapa perlu paksa rakyat untuk menerima YB baru? Perkara ini sangat-sangat tidak masuk akal!

Malah yang hairannya kenapa mesti hendak lantik YB baru sedangkan kawasan tersebut sudahpun mempunyai YB mereka masing-masing? Nampak sangat Pakatan Harapan Johor ini sangat gilakan kuasa sampai tidak boleh terima kekalahan mereka dalam PRU yang lalu di DUN yang sekarang ini menjadi milik pembangkang.

Sudah-sudahlah buat kerja yang tidak masuk akal, sepatutnya mereka terima kekalahan tersebut dan biarkan YB dari Barisan Nasional mahupun Bebas sahaja yang buat kerja di DUN masing-masing. Bagi mereka yang tidak berkenaan sebaiknya tidak perlu masuk campur kerana pada akhirnya rakyat juga yang akan pening dan keliru.

Persoalannya, bukan ke sebelum ini beria-ia sangat Pakatan Harapan Johor mahu mengiktiraf pembangkang. Jadi kenapa mesti timbulnya isu pelantikan ‘YB’ baru di DUN pembangkang? Dan kenapa perlu ganggu YB pembangkang membuat kerja mereka sebagai YB?

Perkara ini seolah-olah membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan Johor sememangnya tidak serius untuk mengiktiraf pembangkang. Malah nampak sangat ia hanya retorik semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat sahaja. Sebaiknya, Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor meneliti semula perkara ini sebaiknya sebelum ada rakyat yang semakin keliru dengan tindakannya ini.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.